Wednesday 18 September 2013

Surah 92



{92}
AL-LAIL (malam) 1~21.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Perhatikan malam, apabila ia kelam
2. Dan (perhatikanlah) siang, apabila terang.
3. Dan (perhatikan lah) yang menjadikan lelaki dan perempuan.
4. Sesungguhnya usaha kamu itu bermacam-macam
5. Lantaran itu, ada pun orang yang menderma dan berbakti.
6. Dan mengakui kebaikan
7. Maka kami akan mudahkan dia kejalan yang mudah.
8. Dan ada pun orang yang bakhil dan merasa terkaya.
9. Dan mendustakan kebaikan
10. Maka kami akan mudahkan dia kejalan yang payah.
11. Dan hartanya tidak akan menolong dia apabila ia terjerumus.
12. Sesungguhnya atas tanggungan kamilah (hal) menunjukkan jalan lurus itu.
13. Dan sesungguhnya kepuyaan kamilah akhirat dan dunia
14. Oleh itu, aku ancam kamu dengan api yang bernyala-nyala.
15. Yang tidak akan terpegang padanya melainkan orang yang paling celaka
16. Yang mendustakan, dan berpaling belakang
17. Dan akan dijauhkan dia daripada orang yang paling berbakti.
18. Yang mendermakan hartanya kerana mahu jadi bersih.
19. Pada hal tidak ada padanya budi seorang yang patut dibalas
20. Tetapi kerana hendak mencari keredaan Tuhan nya yang maha tinggi.
21. Dan (Tuhan nya) akan reda (kepadanya). 

[Previous Surah][Next Surah][Mukidamah Surah][Ringkasan Surah] 

.

LinkBlogger